Tuesday, December 21, 2010

mAna sAtu?

hitam si lumpur..

atau.....

marak si api??

adakah benar hitam lumpur itu rendah harganya?
dan..
adakah sungguh marak api itu tinggi harganya?

sedangkan kisah perjalanan lumpur itu,
adalah kisah PERJALANAN INSAN..
dan..
kisah perjalanan api itu,
adalah kisah PERJALANAN yang MENYESATKAN!

lumpur itulah yang dibentuk menjadi manusia,
dihembuskan ROH dan NYAWA,
dinamakan ADAM..
dikurniakan HAWA..
ditinggikan darjat berbanding malaikat..
dan
API itulah si penderhaka!!
yang enggan sujud pada titah pencipta..
lantas terlaknat,
dijauhkan dari segala rahmat..
serta
dijanjikan JAHANAM sebagai GANJARAN..

Sunday, December 12, 2010

Susah vs Senang

Tip Cemerlang Bahasa Arab

Dalam kursus renang para peserta diberi semangat bahawa berenang adalah mudah. Sebelum memasuki kolam, para peserta diberi keyakinan terhadap air. Ketika berada dalam air atau disebut sebagai water confident. Para peserta diberi segelas air untuk diminum.

Jurulatih renang berkata: "Jika anda boleh minum segelas air dengan mudah, maka cabaran anda hanyalah berhadapan dengan sejuta gelas air yang kini membentuk sebuah kolam."

Dengan kata lain walaupun lautan luas di hadapan anda, ia tidak lebih daripada himpunan beberapa gelas air.
Dalam konteks bahasa Arab, walau kitab Arab setinggi rumah, anda jangan takut dan jangan bimbang. Ia cuma terdiri daripada 29 huruf Arab yang disusun dalam pelbagai urutan. Proses pembelajaran ini dinamakan sebagai keyakinan terhadap huruf atau..

-Utusan, 10 Disember 2010-

Haa..jgn takut, jgn segan, jgn sedih ye.. blaja ni senang je.. (^_^)
Yg penting, mahu ke x?
nak ke xnak?
itu yg mnentukan..

berjaya ke x kte pd mase dpn..
hari ni yg tentukan..
senang dulu susah kemdian @
susah dulu senang kemudian??


(MOTIVASI buat kite sume)