Tuesday, December 21, 2010

mAna sAtu?

hitam si lumpur..

atau.....

marak si api??

adakah benar hitam lumpur itu rendah harganya?
dan..
adakah sungguh marak api itu tinggi harganya?

sedangkan kisah perjalanan lumpur itu,
adalah kisah PERJALANAN INSAN..
dan..
kisah perjalanan api itu,
adalah kisah PERJALANAN yang MENYESATKAN!

lumpur itulah yang dibentuk menjadi manusia,
dihembuskan ROH dan NYAWA,
dinamakan ADAM..
dikurniakan HAWA..
ditinggikan darjat berbanding malaikat..
dan
API itulah si penderhaka!!
yang enggan sujud pada titah pencipta..
lantas terlaknat,
dijauhkan dari segala rahmat..
serta
dijanjikan JAHANAM sebagai GANJARAN..

Sunday, December 12, 2010

Susah vs Senang

Tip Cemerlang Bahasa Arab

Dalam kursus renang para peserta diberi semangat bahawa berenang adalah mudah. Sebelum memasuki kolam, para peserta diberi keyakinan terhadap air. Ketika berada dalam air atau disebut sebagai water confident. Para peserta diberi segelas air untuk diminum.

Jurulatih renang berkata: "Jika anda boleh minum segelas air dengan mudah, maka cabaran anda hanyalah berhadapan dengan sejuta gelas air yang kini membentuk sebuah kolam."

Dengan kata lain walaupun lautan luas di hadapan anda, ia tidak lebih daripada himpunan beberapa gelas air.
Dalam konteks bahasa Arab, walau kitab Arab setinggi rumah, anda jangan takut dan jangan bimbang. Ia cuma terdiri daripada 29 huruf Arab yang disusun dalam pelbagai urutan. Proses pembelajaran ini dinamakan sebagai keyakinan terhadap huruf atau..

-Utusan, 10 Disember 2010-

Haa..jgn takut, jgn segan, jgn sedih ye.. blaja ni senang je.. (^_^)
Yg penting, mahu ke x?
nak ke xnak?
itu yg mnentukan..

berjaya ke x kte pd mase dpn..
hari ni yg tentukan..
senang dulu susah kemdian @
susah dulu senang kemudian??


(MOTIVASI buat kite sume)

Monday, November 29, 2010

Hadapi Dengan Senyuman...


Hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi biar terjadi,
Hadapi, dengan tenang jiwa,
semua, kan baik baik saja


Bila ketetapan Tuhan,
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada, yang bisa merubah,
dan tak ‘kan, bisa berubah
Rela, kanlah saja ini,
bahwa semua, yang terbaik
Terbaik, untuk kita semua,
menyerahlah, untuk menang..

(XPDC)

apa pn yg tjadi,
hadapilah dengan senyuman..
banyak yg aku dapat dari lagu ni..
thanks to my senior at matrik,
KAK AIN..
yg telah mperkenalkn lagu ni..
tiap2 pagi dy pasang,
aku n yg lain jd pendengar..
mula2 mcm xkesah,
xdgr btul2..
bila k.ain dgn semangatnya suruh dgr,
baru ak prasan..
lirik dy bestttt!
sgt2 best!
lg pun xsalah kalau senyum..
~SENYUM KAN SEDEKAH YG PALING MUDAH~
junjungan kita, nabi pun suke senyum..
nk2 senyum ni blh buat kite jd awet muda..
lg??
byk sgt klu nk cite kebaikan senyum ni
tp..
ad 1 senyum yg sangat menyampah utk dipandang..
apakah?
yeah, tdk laen n tidak bukan ialah....
-SENYUM KAMBING-
mmg mcm kerang busuk..
xpercaya?
cuba buat..
sah2 geli-geleman.. (",)
tp, apa pn, senyum adlh perkara yg sgt BAEK..!
jd..
jgn lupa utk senyum, senyum dan senyum.....
=SENYUM=
(",) =p (^_^)

Thursday, November 25, 2010

Ukhuwah & Gula-gula..

Tempat  :               Dapur Masjid
Waktu    :               11.30 malam
Watak    :               A, B, C, D & E

                A, B, C, D & E mengorak langkah bersama menuju ke dapur masjid IPG KPI selesai jamuan malam itu. Mereka kelihatan serasi dengan gurau senda & lawak jenaka. Masing2 menyakat antara satu sama lain. Kasih dan sayang semakin mesra dan sebati dalam jiwa, dek kerana tautan hati yang begitu indah hanya kerana Dia. Bukankah bahagia yang ditempa andai persahabatan dibina atas dasar akidah yg satu?
                Tiba di dapur, mata tertumpu pada pinggan mangkuk (talam2, gelas, cawan n sebagainya) yang memerlukan tenaga utk dibersihkan. Namun, itu bukanlah masalah yang besar kerana kerja dilakukan secara bersama-sama. Senda gurau terus menyelubungi kegembiraan mereka. Sedang rancak berbual, A bertanya..

A : Apa ek rukun ukhuwah?
C : Alaa..rukun ukhuwah yang ni haa..taaruf,tafakul..dan..dan..dan..ap ek 1 lg?xigt pulak.
D : Tafahum laa..
E : Aik?!! Mcm peliiiik je..ye ke?are u sure? (BI tunggang langgang)
B : Ish3..ish3..ap lah nk jd..yg k0rg sebut 2 rukun usrah laa..ad ke citu plak peginye..

Semua tertawa.. Masing2 geleng kepala.. Dasyat sungguh.. Kalau setakat rukun UKHUWAH pun xlepas, mcm mane nak kata berukhuwah kerana Dia?? Hmm.. Macam2..

B : Rukun UKHUWAH tu ad 3..
E : Haa..tau3.. First, lapang dada 0r sangka baek.. Second, musamah.. Yg ketig..
C : Eh, bukan MUSAMAH laa..MUSAWWAMAH…haa, baru bet0l..
D : Yg ketiga, Ithar!! Yea, blh jwb.. hehe
E : Ap la D ni, xbaek tau..
D : Okay2 E yg comel, maaf ea..
B : Ok, ni huraian dy ea..yg pertama 2, sangka baik. Sangka baik ni, kte xpikir yg -ve klu shbt kte buat satu2 perkara. Contohnye, kte dgn kawan kte ni asyik makan same2 je..klu sorg nk turun mesti ajak sorg lagi..tibe2 je ad satu ari, mase kte ajak dy nk mkn, dy kte dh mkn..dy mintak maaf sbb tlupa nk ajak kte..jd, kte xley la marah2,kene sangka baik, betullah dia mmg tlupa..bkn saje2 xajak kte..1 lg kte pn kne lapang dada..alaa, 2 kn masalah kecik je..xde hal lah..
E : Musawwamah pulak, erti dy sama rata.. & ithar pulak, lebihkn org len dr diri kita sendiri..
D : Kalau yg ithar ad 1 cth kisah..tp xigt zaman nabi 0r zaman mane..dalam 1 perang, ad sorg shbt yg tgh nazak, dy mintak air..p2 shbt yg masih hidup 2 bg la dy air..ble nk minum je, dy dgr ad sorg lg shbt dy mengerang kesakitan mintak air jugak..shbt yg bg air 2 pn pegi dkat sahabat yg ke-2, ble nk bg je minum air, sahabat yg ke-2 ni dgr ad shbt len mintak air..dy pn arah bnda yg sama pd shbt yg bwk air 2..tp ble shbt yg bwk air 2 smpai kt shbt yg ke-3, shbt 2 dh syahid, pergi menghadap Ilahi..dy pn patah balik pegi kt shbt yg ke-2 n pertama..tp..sume dh syahid..
C : Betapa kuatnya ukhuwah sesama mereka..tetap melebihkan sahabat drpd diri sendiri..wlaupun dlm keadaan mcm 2..jd??.........same2 muhasabah diri..
B : Yg lain mcm mane??
A : Ok..A ad 1 cth..dy mcm analogi la lbh kurg..B ad 4 gula2..dy pun bg kt C 1 gula2, B simpan 3..ni tahap yg 1..tp klu B bg 2 gula2 kt C n dy simpan 2, tahap dy musawwamah, thap yg ke-2..last skali..klu B bg C 3 gula2, dy amik 1..ni thap yg ke-3, ithar…amacam?ad pham???
C : Analogi yg unik laa…..xpnah dgr lg sblm ni..bgus la A..amek kt mane?
A : hehe..pegi usrah ari 2..akak nqibah yg ajar..
B : Ilmu baru ni..blh gtau kt org len..td mse cite2, jd mjlis tazkirah..ble A je ckp trus masuk majlis taalim..haha
E : A’aa lah..bgus btul klu ckp pkara kebaikan kn? Skurang2nya dapat 1 ilmu mlm ni..thanks sume..
D : Haa..dh ciap ni..settle down!hee..jom balikkk!!!!
SEMUA : Jejomssss…..

                Usai berkemas, mereka terus pulang ke bilik masing2. Jam sudah melewati pukul 12.30 tengah malam. Semua bersyukur kerana Dia masih sudi memilih mereka untuk terus bersama dalam kebaikan. Hari ni dah berlalu. Esok belum tentu. Andai Dia masih sudi, esok akan menjelma. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lbh baik dari hari ini.

p/s: maaf cte xsedap..tp nukilan dr pengalaman sendiri..insyaAllah, sekadar utk berkongsi. Yg baik buat teladan, yg kurg tu, xpyah ambik ye..biarkn je..klu ada khilaf @ penambahbaikan, sudi2 la khbarkn pd tuan pnye blog ni yep.. (^_^)

Monday, November 22, 2010

Yakin dan Pasti, Allah Maha Mengetahui...

Setiap yang berlaku sudah tentu tidak terlepas dari pandanganNya, kerana Dia itu Maha Mengetahui.. Mungkin selama ini hanya kerana sekadar mendengar, mendengar dan mendengar membuatkan aku kurang peka. Entah berapa kali sudah aku mendengar huraian mengenai Sifat2 Allah dan nama2Nya, namun semuanya bagai angin lalu..mungkin kerana kurangnya penghayatan, maklumat itu sempat aku semat tp tidak sepenuhnya menjadi ilmu. Tapi, Allah itu Maha Besar.. Dia tidak biarkan aku terus begitu, lantas Dia menyedarkan aku dengan satu peristiwa, peristiwa yg telah membuka minda dan segenap jiwa ini bahawa Dia tidak membiar hambaNya sendiri!

Peristiwa itu berlaku di pasar malam tp aku sudah lupa tarikhnya. Sewaktu sedang berjalan bersama seorang sahabat sambil mengamati makanan yg akan dibeli, dia mencadangkan agar kami membeli makanan buat kakak usrah tersyg, k.Dila.. aku terus bersetuju, lalu kami memilih sedikit kuih buat sajian dirinya. 

Seusai makanan itu diserahkan pada k.Dila, malam itu juga aku dihadiri oleh adik usrahku bersama rakannya, adik usrah sahabatku yg sama2 membeli di pasar malam td. Apa yang mengejutkan aku, dia memberi satu hadiah yg sgt comel utk aku & sahabatku. Pada waktu itu, aku terpempam seketika. Mungkin kerana tidak menyangka Allah membalas perbuatan kami pada senggang waktu yg sgt singkat.. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui!

Peritiwa ini mungkin biasa bagi sesiapa shj..namun tidak bg aku..sungguh, aku mendapat pengajaran yang berharga..terlalu berharga.. & peritiwa ini juga lah yang menjadi titik tolak nama blog ini~PECINTA ILAHI~.. Ungkapan yg aku garapkan dengan harapan aku akan terus  sedar bahawa hanya Dia yang memiliki rasa cinta dan kasih makhlukNya.. Semoga cinta ini terus subur mekar di dalam jiwa insan terutamanya insan yg bernama AKU..

-first time berblog.. (^_^)-