Setiap yang berlaku sudah tentu tidak terlepas dari pandanganNya, kerana Dia itu Maha Mengetahui.. Mungkin selama ini hanya kerana sekadar mendengar, mendengar dan mendengar membuatkan aku kurang peka. Entah berapa kali sudah aku mendengar huraian mengenai Sifat2 Allah dan nama2Nya, namun semuanya bagai angin lalu..mungkin kerana kurangnya penghayatan, maklumat itu sempat aku semat tp tidak sepenuhnya menjadi ilmu. Tapi, Allah itu Maha Besar.. Dia tidak biarkan aku terus begitu, lantas Dia menyedarkan aku dengan satu peristiwa, peristiwa yg telah membuka minda dan segenap jiwa ini bahawa Dia tidak membiar hambaNya sendiri!
Peristiwa itu berlaku di pasar malam tp aku sudah lupa tarikhnya. Sewaktu sedang berjalan bersama seorang sahabat sambil mengamati makanan yg akan dibeli, dia mencadangkan agar kami membeli makanan buat kakak usrah tersyg, k.Dila.. aku terus bersetuju, lalu kami memilih sedikit kuih buat sajian dirinya.
Seusai makanan itu diserahkan pada k.Dila, malam itu juga aku dihadiri oleh adik usrahku bersama rakannya, adik usrah sahabatku yg sama2 membeli di pasar malam td. Apa yang mengejutkan aku, dia memberi satu hadiah yg sgt comel utk aku & sahabatku. Pada waktu itu, aku terpempam seketika. Mungkin kerana tidak menyangka Allah membalas perbuatan kami pada senggang waktu yg sgt singkat.. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui!
Peritiwa ini mungkin biasa bagi sesiapa shj..namun tidak bg aku..sungguh, aku mendapat pengajaran yang berharga..terlalu berharga.. & peritiwa ini juga lah yang menjadi titik tolak nama blog ini~PECINTA ILAHI~.. Ungkapan yg aku garapkan dengan harapan aku akan terus sedar bahawa hanya Dia yang memiliki rasa cinta dan kasih makhlukNya.. Semoga cinta ini terus subur mekar di dalam jiwa insan terutamanya insan yg bernama AKU..
-first time berblog.. (^_^)-
No comments:
Post a Comment