Monday, December 26, 2011

alhamdulillah..

sekian lama blog ni bersawang..
sangat 'rajin' nak update
kenapa?
sebab dulu waktu mula2 nak berblog, niat tak pasang betul2
tu yang jadi macam ni
^_^

p/s: niat tu penting.. so nak buat apa2 lepas ni sila pasakkan niat yang kuat dan semestinya kerana Dia..
Dia yang memiliki diri ini~

ok, tak nak bebel panjang..
entri ni just nak share dengan kome pasal satu post kat satu blog
kagum dengan pemilik blog ni..
kagum dengan prinsip yang dia pegang
by the way kat bawah ni link dia


read and think ok =)
-have a nice day-

Monday, February 14, 2011

jEjAk





menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan di antara tebing curam
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
kerna perjalanan masih panjang

kami adalah tentera Allah
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentera Allah bertahanlah
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

~izzatul islam~

Tuesday, January 18, 2011

~coretan kalbu~

Wahai teman,
Ku mohon seribu kemaafan
Andai apa yg akan aku ukirkan
Bisa mengguriskan perasaan
Bukanlah utk menyalahkan
Cuma sekadar sedikit luahan
Rasa hati yg telah lama ku simpan

Buatmu teman,
Aku bukanlah sahabat yg kau inginkan
Kerana dalam setiap perlakuan
Sentiasa terselit walau secebis kesalahan
Kerana aku insan penuh kelemahan
Sudikah kiranya engkau memaafkan?

Setiap bicara yang dituturkan
Sering menundang resahnya perasaan
Dengan hati yang penuh sangkaan
Diri dilempar dengan bermacam tuduhan
Tidak cukupkah sekadar tomahan
Ditambah lagi dengan umpatan
Tidak lagi dengan cacian

Apakah itu semua belum memberi kepuasan
Sehingga sanggup menggadaikan persaudaraan
Yang seharusnya dikecapi dalam hubungan
Agar bercambah inti kemanisan
Dalam berukhuwah sesama teman

Teman,
Bukankah rasulullah itu contoh teladan
Yang diikuti sepanjang zaman
Akhlaknya terpuji bagaikan al-Quran
Terkandung pelbagai hikmah serta panduan
Buat pedoman hari hadapan

Duhai teman,
Aku mohon jutaan kemaafan
Kerana kelemahan dan kekhilafan
Pasti wujud dalam setiap perbuatan
Kerana itu telah ditentukan
Oleh pencipta sekalian alam..