Wahai teman,
Ku mohon seribu kemaafan
Andai apa yg akan aku ukirkan
Bisa mengguriskan perasaan
Bukanlah utk menyalahkan
Cuma sekadar sedikit luahan
Rasa hati yg telah lama ku simpan
Buatmu teman,
Aku bukanlah sahabat yg kau inginkan
Kerana dalam setiap perlakuan
Sentiasa terselit walau secebis kesalahan
Kerana aku insan penuh kelemahan
Sudikah kiranya engkau memaafkan?
Setiap bicara yang dituturkan
Sering menundang resahnya perasaan
Dengan hati yang penuh sangkaan
Diri dilempar dengan bermacam tuduhan
Tidak cukupkah sekadar tomahan
Ditambah lagi dengan umpatan
Tidak lagi dengan cacian
Apakah itu semua belum memberi kepuasan
Sehingga sanggup menggadaikan persaudaraan
Yang seharusnya dikecapi dalam hubungan
Agar bercambah inti kemanisan
Dalam berukhuwah sesama teman
Teman,
Bukankah rasulullah itu contoh teladan
Yang diikuti sepanjang zaman
Akhlaknya terpuji bagaikan al-Quran
Terkandung pelbagai hikmah serta panduan
Buat pedoman hari hadapan
Duhai teman,
Aku mohon jutaan kemaafan
Kerana kelemahan dan kekhilafan
Pasti wujud dalam setiap perbuatan
Kerana itu telah ditentukan
Oleh pencipta sekalian alam..
No comments:
Post a Comment