bismillah..
alhamdulillah. dah lebih 20 tahun aku hidup. dah banyak yang berubah. dari baby dah jadi remaja. makin membesar, meninggi dan melebar. melebar? hehe. of course la termasuk sekali kan. kalau tak ada bukan tumbesaran namanya.
masa kecik2 dulu hidup tahu nak main je. sikit2 main. pantang ada masa. mesti pergi main. buku ke mana, tuan ke mana. belajar sebab mak suruh. nak tengok aku baca buku dengan kemahuan sendiri? dalam mimpi boleh lah. tapi sekarang? baca buku dengan study atas kemahuan sendiri. sebab dah sedar mana baik, mana buruk.
kenangan yang manis2 banyak jadi masa kecik. sebab semua perkara adalah indah2 belaka. bila dah besar, banyak pulak asam garamnya. dulu gembira, suka2. jarang sedih. makin lama makin bertambah rasanya. gembira and suka tetap ada. tapi ada tambahannya. sedih, kecewa, bahagia, cinta, sayang, benci dan lain2. (xlarat pulak nak list ^_^)
hm. straight to the point. aku sebenarnya tengah serabut. serabai. kusut. pening. dan yang sewaktu dengannya. jujurnya aku tak tahu kenapa. banyak sangat spekulasi.
mungkin sebab aku sendiri yang makin jauh dengan Dia?
mungkin sebab perangai aku terhadap orang di sekeliling aku?
mungkin sebab kerja2 yang menunggu untuk disiapkan?
mungkin, mungkin dan mungkin?
haish. susah2. dunia memang susah. masalah2.
orang normal memang akan ada masalah kan?
aku tak nak kata Ya Allah, aku ada masalah yang besar.
tapi aku nak cakap Hei masalah! aku ada Allah, dia Maha Besar.
hehe. aku dah dapat jawapan. =)
-Hei masalah! aku ada Allah, dia Maha Besar-
note: maaf kalau entri ni sangat merapu. aku sekadar nak lepaskan rasa hati. andai ada yang baik, sila ambil. yang buruk tu, tutup mata je la ye.
No comments:
Post a Comment