hari ini, saat ini, aku sangat rindukan kata-kata semangat
kata-kata yang boleh sedarkan aku dan juga kamu
bahawa perjalanan perjuangan ini masih panjang
alhamdulillah
Dia benar-benar memahami
pada ketika aku layari laman FB
ada satu coretan kata-kata yang benar-benar menyedarkan aku
kata-kata yang aku rasakan sangat sesuai untuk kita
kata-kata daripada seorang ayah untuk anaknya =)
baca, baca, dan hayati
paling penting bacalah dengan mata hati ye... <3
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada
dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang
terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu,
renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu
dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari
penat lelah seharian mencari rezki bagi memenangkan perjuangan ini.
Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak
akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh
orang- orang tuan menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan
perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu
dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka
sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang,
ibu- ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang
anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.,
Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia
akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana
bertukar kawan- kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan,
berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak
isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka.
Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu, jangan
sesekali kamu mengkhianati mereka.
Wahai anakku,
Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan
tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan
sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar
dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam
perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan
rahmat Allah.
Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak
yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar mengigatkan kamu kepada apa yang boleh
melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya
" apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan
sayapnya". Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh
terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia
terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.
Wahai anaku,
Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur.
Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk,
bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah
dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan
sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin
merosakkan pergaulanmu.
Wahai anakku,
Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu,
lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah
ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu,
akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu.
Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasih sayangNya~

No comments:
Post a Comment