Sunday, January 1, 2012

cinta muka buku

muka buku? fb? semua orang kenal. boleh dikatakan semua orang ada akaun muka buku ni. stat dari nenek orang sampai ke anak orang. kanak-kanak yang comel seusia 5-6 tahun pun ada. fuh! teruja!

muka buku adalah medium sosial yang sangat bermanfaat kalau guna untuk kebaikan dan boleh jadi juga satu perkara yang membinasakan apabila digunakan secara tidak matang. (ni aku punya definisi tanpa pernah menciplak orang lain punya). betul la kan?

bila guna untuk cari kawan a.k.a jejak kasih, sampaikan maklumat, update isu isu terkini, konpem la bermanfaat untuk tuan punya badan. tapi dah kalau guna untuk kutuk kutuk orang, tulis benda mengarut tak tentu pasal, sah la tuan punya badan tu kurang matang.

ni yang paling best. CINTA di MUKA BUKU. bila jumpa kawan yang dah ada makwe or pakwe, or yang dah kahmin ke, cuba kome tanya depa jumpa or kenal kat mana. mesti ada punya yang jawab kat muka buku. kenapa? sebab kawan aku pun ramai yang jenis macam ni.

bab bab cintan cintun kat muka buku ni aku no komen selagi depa tau batasan batasan yang sepatutnya kena jaga. Allah SWT dah bagi panduan, Nabi dah pesan, ustaz (yang baik) pun dah tunjukkan. insyaAllah, tak ada masalah kan? 

eleh, cakap memang la senang....!

usih, memang. cakap memang senang. cakap hanya memerlukan pengeluarkan suara dari peti suara. sebab tu la aku tulis entri ni. aku tulis dengan harapan menjadi peringatan utk sape2 yang terbaca apa yang aku tulis kat sini di samping jadi peringatan untuk diri aku sendiri. bila kita suruh orang buat, mesti kita malu untuk tak buat apa yang kita cakap.

by the way, aku agak suka la dengan lagu yang najwa latif nyanyi tu. apa eh? haa... cinta muka buku. cuma bagi aku, aku lagi suka kalau lirik lagu tu macam kat bawah ni. suka3 =) -lebihislamik-

Monday, December 26, 2011

alhamdulillah..

sekian lama blog ni bersawang..
sangat 'rajin' nak update
kenapa?
sebab dulu waktu mula2 nak berblog, niat tak pasang betul2
tu yang jadi macam ni
^_^

p/s: niat tu penting.. so nak buat apa2 lepas ni sila pasakkan niat yang kuat dan semestinya kerana Dia..
Dia yang memiliki diri ini~

ok, tak nak bebel panjang..
entri ni just nak share dengan kome pasal satu post kat satu blog
kagum dengan pemilik blog ni..
kagum dengan prinsip yang dia pegang
by the way kat bawah ni link dia


read and think ok =)
-have a nice day-

Monday, February 14, 2011

jEjAk





menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan di antara tebing curam
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
kerna perjalanan masih panjang

kami adalah tentera Allah
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentera Allah bertahanlah
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

~izzatul islam~