Tuesday, January 3, 2012

-tEntAng buLaN-

semua orang ada kawan baik kan? tak kesah la bila. time skolah rendah, or menengah.. even time dah besau ni pun mesti ada walaupun sorang. (tak kesah la still contact or tak). tapi ada sesetengah kawan aku yang cakap dia tak pernah ada kawan baik a.k.a best fren. betul ke? aku tak pasti and aku tak tau nak komen apa pasal depa. yang penting Nabi Muhammad SAW ada best fren. so, aku pun ada. 


tiba2 hari ni rasa nak share. time tu aku study kat matrik pahang atau lebih dikenali sebagai KOLEJ MENCARI PASANGAN HIDUP. entah betul ke tak, aku pun tak tahu. yang special pasal best fren aku adalah kiteorang berkawan berlima (err..betul ke ayat aku?).



nickname kami tentang bulan. sebab? sebab ada lima members yang join the club. the members are farah, mira, ain, teha and aku. kat mana2 mesti berlima. pergi toilet berlima. pergi kuliah berlima and suka pakai baju warna sama berlima. 


masuk dewan kuliah sama2. dalam dewan duk kat tengah2 pun still sama2. bila sorang je tak ada, lecture terus perasan. nak nak kalau time madam zaida a.k.a teacher kesayangan kiteorang yang ajar. 


depa semua ni best....nak tau kenapa? sebab...sebab...
best sebab masing2 satu kepala..
best sebab semua sengal2..
best sebab semua sporting..
best sebab kami menerima dan diterima seadanya..


paling BEST.. sebab ukhuwah kami kerana Dia...
itu yang paling penting ^_^

~psst....: if you have a best friend, at least say hi or hello to them to tell that you are care and remember them always...hav a nice day~

Sunday, January 1, 2012

cinta muka buku

muka buku? fb? semua orang kenal. boleh dikatakan semua orang ada akaun muka buku ni. stat dari nenek orang sampai ke anak orang. kanak-kanak yang comel seusia 5-6 tahun pun ada. fuh! teruja!

muka buku adalah medium sosial yang sangat bermanfaat kalau guna untuk kebaikan dan boleh jadi juga satu perkara yang membinasakan apabila digunakan secara tidak matang. (ni aku punya definisi tanpa pernah menciplak orang lain punya). betul la kan?

bila guna untuk cari kawan a.k.a jejak kasih, sampaikan maklumat, update isu isu terkini, konpem la bermanfaat untuk tuan punya badan. tapi dah kalau guna untuk kutuk kutuk orang, tulis benda mengarut tak tentu pasal, sah la tuan punya badan tu kurang matang.

ni yang paling best. CINTA di MUKA BUKU. bila jumpa kawan yang dah ada makwe or pakwe, or yang dah kahmin ke, cuba kome tanya depa jumpa or kenal kat mana. mesti ada punya yang jawab kat muka buku. kenapa? sebab kawan aku pun ramai yang jenis macam ni.

bab bab cintan cintun kat muka buku ni aku no komen selagi depa tau batasan batasan yang sepatutnya kena jaga. Allah SWT dah bagi panduan, Nabi dah pesan, ustaz (yang baik) pun dah tunjukkan. insyaAllah, tak ada masalah kan? 

eleh, cakap memang la senang....!

usih, memang. cakap memang senang. cakap hanya memerlukan pengeluarkan suara dari peti suara. sebab tu la aku tulis entri ni. aku tulis dengan harapan menjadi peringatan utk sape2 yang terbaca apa yang aku tulis kat sini di samping jadi peringatan untuk diri aku sendiri. bila kita suruh orang buat, mesti kita malu untuk tak buat apa yang kita cakap.

by the way, aku agak suka la dengan lagu yang najwa latif nyanyi tu. apa eh? haa... cinta muka buku. cuma bagi aku, aku lagi suka kalau lirik lagu tu macam kat bawah ni. suka3 =) -lebihislamik-

Monday, December 26, 2011

alhamdulillah..

sekian lama blog ni bersawang..
sangat 'rajin' nak update
kenapa?
sebab dulu waktu mula2 nak berblog, niat tak pasang betul2
tu yang jadi macam ni
^_^

p/s: niat tu penting.. so nak buat apa2 lepas ni sila pasakkan niat yang kuat dan semestinya kerana Dia..
Dia yang memiliki diri ini~

ok, tak nak bebel panjang..
entri ni just nak share dengan kome pasal satu post kat satu blog
kagum dengan pemilik blog ni..
kagum dengan prinsip yang dia pegang
by the way kat bawah ni link dia


read and think ok =)
-have a nice day-