Monday, January 30, 2012

ujian datang tiba2

salam dan alhamdulillah ^_^


hidup memang tak pernah lepas dengan ujian. setiap manusia yang hidup atas muka bumi ni mesti ada ujian yang Allah bagi. kalau tak banyak pun, mesti ada sikit. kalau tak sikit, mestilah banyak kan? tapi.. kenapa Allah bagi kita ujian? ujian tu apa peranannya? kenapa setiap orang tu berbeza ujian yang Allah timpa kat kita? macam2 persoalan yang timbul.

kalau kita selusuri betul2, perhati betul2, nilai betul2, sebenarnya banyak yang kita dapat bila Allah bagi ujian. ada tujuannya kenapa Allah bagi kita ujian, bukan sia2 je. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah tersirat di sebaliknya.

1. kenapa Allah bagi kita ujian?

Ketika Allah rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis qudsi Allah berfirman:.. "Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihanNya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)
*copy paste from fb

2. apa peranan ujian tu? (sumber asal)

-meningkatkan martabat diri
-penghapusan dosa
-muhasabah diri
-hukuman dari Allah

3. kenapa setiap hamba ujiannya berbeza?

kita teliti semula firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."

banyak lagi sebenarnya huraian dan penjelasan mengenai ujian2 yang menimpa hidup kita. cuma ni je yang aku mampu coretkan. tak lain tak bukan untuk peringatan bersama. kita kan manusia. mudah sangat lupa. jadi apa salahnya aku tulis untuk ingatkan diri sendiri dan orang lain. betul tak? =)

sebab lain aku tulis entri pasal ujian ini adalah kerana ayah aku. petang tadi mak aku call. cakap ayah accident. tapi ayah tak apa2, cuma kereta je yang teruk. Alhamdulillah, aku syukur kerana Allah masih sudi panjangkan tempoh peminjaman ayah untuk kami sekeluarga. dan aku harap Allah akan pinjamkan kedua orang tua ku hingga ke akhirnya. -ameen-
ni kereta ayah aku sebelum accident. credit to mr. google. lepas accident tak dapat nak tunjuk sebab aku tak berada di tempat kejadian dan accident tu berlaku kat kampung.

aku tau, Allah sayangkan ayah. sebab tu Dia tarik sekejap nikmat kereta yang Dia pernah bagi sebelum ni.

ayah ^_^
along doakan ayah baik2 saje.
tak pe.
kereta boleh cari yang lain.
tapi ayah tak ada yang boleh ganti.
psstt.. sayang ayah selalu. <3

Friday, January 27, 2012

hati tak pernah menipu

salam and hai.. =)

masa tengah2 termenung tadi, tiba2 je terlintas dalam fikiran aku ayat ni. -hati tak pernah menipu. tapi kalau jujur sangat pun susah juga kan?-


entah la apa yang tersirat dari ayat tu, aku pun tak tahu. tapi yang pasti, hati kita tak pernah menipu.

hati akan gembira bila kita gembira.
hati akan menangis bila kita menangis.
hati akan kecewa bila kita kecewa.
hati akan ikut apa yang kita rasa.
di mana2 dan bila2 masa.

hati tetap jujur. terlalu jujur. cuma kadang2 kejujuran itu yang membawa mudarat pada diri. kena pandai jaga hati dan diri. tak semua kata hati mati dan tak semua kata2 binasa.

bai ^_^

p/s: maaf ya, melalut dan merapu.

Sunday, January 22, 2012

pesan ayah

salam.. ^_^ 
haiiii....
-hari yang ceria-


malam tadi ayah cakap2 dengan aku
masa tu semua adik2 ada kat rumah nenek
tinggal aku, mak dengan ayah je

banyak yang ayah ceritakan
banyak yang ayah kisahkan

cerita sepanjang kehidupan ayah
cabaran dan dugaan yang ayah hadapi
macam mana peritnya rasa kegagalan menjadi guru yang sangat baik
untuk ayah terus bangkit menuju kecemerlangan

bagaimana ayah yang dulu
menjadi ayah yang sangat berjaya sekarang

sungguh...!!
aku terkedu
sebab aku tak pernah tahu
ayah lalui saat yang sangat getir
untuk jadi seorang yang berjaya dan cemerlang dalam hidup

banyak lagi yang ayah cakap
tak larat aku nak tulis
tapi..
yang paling aku ingat..
ayah cakap macam ni

'along, kalau nak keberkatan dengan harta yang kita ada..
kena lakukan tiga perkara
1. belanja untuk diri sendiri (jangan kedekut)
2. simpan (tak kisah la banyak ke sikit, sebab kalau Allah takdirkan kita akan susah satu hari nanti, kita tak kan susahkan orang lain pulak)
3. sedekah (kalau nak infakkan harta, paling penting bagi dulu kat orang2 yang terdekat dengan kita eg. adik beradik, saudara2 terdekat dll. lepas tu bolehlah kita nak bagi kat orang lain)
insyaAllah, kita akan nampak keberkatan tu.
kalau tak bagi secara terang-terangan pun,
Allah akan bagi melalui cara2 yang lain...'

dan
aku memang dah nampak
aku dah nampak apa yang ayah maksudkan
aku nampak keberkatan tu
dalam kehidupan ayah sendiri

thanks ayah
thanks sgt2
you such a GREAT father
luv u the most..^_*


macam tu la lebih kurang
aku tulis ni sebab nak share
share dengan siapa2 yang mungkin terbaca blog ni
siapa tau kan? hehe... =D