Friday, December 28, 2012

nasihat dia untuk kita

bismillah walhamdulillah..

apa yang ditulis kali ini adalah untuk mengingatkan diri aku dan kamu juga. mungkin dianggap biasa sebab dah terlalu banyak dibaca dengan mata.

tapi, kali ini, bacalah buat kesekian kalinya...

dan bacalah dengan mata hati~



NASIHAT DAN PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meniggalkan pelbagai keseronokkan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kahidupan Rasulullah s.a.w.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya, lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda,aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantinya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku aku amat berharap kalian tidak sibuk terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian mengambil peduli tentang agama dan nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakkallah kepada Allah.


Wednesday, October 3, 2012

sikap kita

bismillah walhamdulillah..

dah lama aku terbaca post di blog wardina
post yang sangat bermanfaat. (sumber)
post tentang kita
tentang pengurusan kehidupan muslim
persoalan yang ditimbulkan -----> sejauh mana kita cakna...?

cakna terhadap tanggungjawab memelihara BUMI~

sampah sarap yang terlalu banyak dan tidak terurus

kita sering kata kita ni islam a.k.a muslim
kita pun selalu jugak kata 'kebersihan sebahagian daripada iman'
bab kata kita hebat, kita pandai
tapi bila tiba bab pratikal
kita GAGAL..!

kenapa..?
sebab
kita tak kesah
kita kurang ambil berat
kita kurang kesedaran
walaupun perkara tu nampak macam biasa2 je
tapi sebenarnya itu lah lambang KUALITI IMAN kita..

macam mana?
tepuk dada tanya iman~

mula2 memang susah
tapi cubalah
kejayaan bermula dengan langkah pertama

aku pun tengah cuba
jujur.. kadang2 rasa malas tu memang ada
tapi bila fikir balik.. muhasabah & refleksi diri
bila lagi nak buat baik
mana tahu amal yang sikit ni lah buat kita boleh bau harumnya syurga
sapa tahu kan??

jom sahabat2..
kita bermula dengan sedikit
insyaAllah kita boleh
jangan lupa doa pada Dia supaya ditetapkan hati untuk terus istiqamah dalam kebaikan..

p/s: selamat mencuba & semoga berjaya...!

Monday, September 17, 2012

no title

bismillah walhamdulillah..
ramai kawan aku dah menikah. dan ada lagi sorang kawan aku yang bakal bernikah. baru2 ni aku terima jemputan dia. tapi aku tak pasti aku mampu memenuhi undangan tersebut atau tidak. namun, aku sentiasa doakan supaya dia bahagia. semoga rumah tangga yang dibina akan diserikan dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. barakallah kak~

aku kagum. alhamdulillah, dia telah selesai bermujahadah sebelum tiba alam perkahwinan. dan dia akan terus mujahadah ke fasa seterusnya. aku doakan dia

aku bagaimana? meniti hidup di usia remaja sangat mencabar. apatah lagi apabila menginjak awal belia. soal nikah kahwin semakin mendapat tempat dalam bicara. ya, aku juga begitu. fitrah. tertarik kepada berlainan jenis. tapi fitrah yang suci ini telah bertukar menjadi sesuatu yang keji. akibat dorongan nafsu yang sememangnya tidak dituntun dan di'paksa' mengenal Ilahi..!

hm.. sedikit emosi~

maaf.

gaya bicara macam aku ini sempurna. bukan! tidak sesekali! aku tidak sempurna. aku juga masih bertatih dalam perjalanan untuk menggapai redhaNya. tika ini aku masih sedar. aku masih peroleh rahmah dan hidayahNya. tapi seandainya suatu hari nanti, tiba giliran aku diuji. tiba giliran hati aku pula dibolak balik. & pada waktu itu, aku tidak pasti, apakah masih ada manusia, atau sahabat yang sanggup menegur aku untuk kembali ke jalanNya??!

jom sama2 muhasabah. ^_^

respon kita

bismillah walhamdulillah..

sekitar penerbitan filem yang menghina Rasulullah SAW.

aku ambil sumbernya dari sini.

ambil lah manfaat yang ada.

dan aku lebih suka dengan kata2 ini.

"apa pun faktanya, biarlah dia mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah dia lakukan."

(Gambar) Pendedahan Sulung Pengarah Filem Hina Nabi



Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile.

Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah.

akoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia.



Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya'Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, "katanya.

'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem.

Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. 'Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.  -sumber

Monday, July 30, 2012

sajak ratu syahadah


bismillah walhamdulillah.. ^_^

bukan aku yang reka.
bukan aku yang deklamasi. 
aku cuma sekadar berkongsi, nukilan hati sahabat baikku sendiri.
andai bermanfaat, ambillah.


RATU SYAHADAH

Tika bayu semilir menyapa diri
Ku melihat di sisi
Mawar putih kini kian hilang seri
Kerana al haya’ semakin rakus dikikis pergi

Lalu ku tundukkan wajahku
Mencari secebis kekuatan
Buat menjadi peneguh imanku
Di kala duri dunia semakin menekan.

Suatu ketika,
Allah ilhamkan padaku kisah seorang serikandi
Yang langkahnya sopan penuh tertib
Yang wajahnya halus cantik mempesona
Yang cintanya kudus mendamaikan jiwa
Itulah dia Asiah binti Muhazim

Lembut bukan simbolik kelemahan
Kerana di sebaliknya tersembunyi kekuatan
Ketika risikan sang sultan menjengah kamar hati
Diaju syarat demi iman yang disimpul mati

Dirimu bunga bukan bunga biasa,
Tetapi bunga istimewa kebanggaan agama
Cintamu bukan cinta biasa,
Tetapi cinta yang telah melunakkan hati Firaun untuk menerima
Agar Musa selamat di pangkuanmu hingga dewasa.

Duhai serikandi Asiah
Meskipun bersuamikan sang durjana
Namun setiamu tak digugat olehnya
Kerana islammu bukan hanya pada nama
Tapi terikat di lubuk hati tanpa tanda tanya

Duhai sahabat muslimah yang ku cintai
Kembalilah meraikan fitrahmu
Kembalilah mengangkat martabatmu
Ke puncak yang tertinggi

Doaku
Semoga Allah pertemukan kita lagi di syurga
Berbahagia bersama serikandi dunia
Abadi menjadi bidadari di sana.
Perkenankanlah ya Allah.

psstt : wardahmaqsurah.blogspot.com

adab ke sekolah

bismillah walhamdulillah =)

sedikit sahaja. apa yang aku ada. sbb dah tak tahu nak update apa lagi. anyway semoga bermanfaat~










Monday, May 7, 2012

fitnah cinta

bismillah walhamdulillah.

pesanan pertama ---> untuk kamu yang sudi membaca, maaf ya. saya kopi lagi. sebab pandangan saya sama. dan saya masih tak mampu lakarkannya di kanvas maya ni.
pesanan kedua ---> semoga bermanfaat untuk semua.

^_^

FITNAH CINTA UKHTI BARBIE DAN AKHI KEN


“Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing”
Demikian ungkapan yang dikongsi.
‘Kata-kata hikmah’ yang terkini, disertai dengan ilustrasi.
Lama saya berfikir, sejauh manakah seriusnya hal ini. Penting sangatkah ia untuk disentuh, atau dalam bahasa yang lebih langsung, DITEGUR. Banyak isu lain yang lebih membimbangkan. Sejauh ozon berlubang, sekritikal isu Palestin dan Syria, sehangat isu Pilihanraya Umum yang tidak bersih, hinggalah kepada kenaikan harga yang membebankan pengguna semasa.
Berbaloikah untuk menjentik topik ini?
Saya mencubanya di Facebook. Dari Facebook ia datang, di Facebook juga ia perlu disuarakan.
PASCA CINTA ANTA ANTI
Dulu-dulu, sahabat saya Ustaz Maszlee Malik telah mencetuskan diskusi yang meluas di kalangan anak muda dengan artikelnya ‘Cinta Anta Anti’. Berkongsi nasihat dengan adik-adik yang berperibadi Islam, sebahagiannya aktif dengan kerja-kerja amal Islami, tetapi terperangkap dalam nafsu yang dibungkus dalam pakaian Islam. Seorang ‘akhi’ menghantar sms berisi ‘Tazkirah of the Day’ kepada seorang ‘ukhti’, dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh, yang dipisahkan oleh Syariat.
Sesekali sms atau miss call ditujukan pada jam 4:30 pagi, memberi friendly reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wudhu’ dan membawa muka itu sujud kepada Ilahi ketika dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.
Mereka terlupa bahawa mereka juga sedang bermimpi dan tidur dalam jaga.
Dalam pelukan ‘akhi Syaitan’!
Saya perlu suarakan hal ini. Saya bertanggungjawab menghasilkan tiga buah buku CINTA ke tengah masyarakat. Buku cinta saya ada yang terbit menjadi drama, ada yang diforumkan bersama Kang Abik peneraju fenomena Ayat-ayat Cinta. Buku cinta saya juga menjadi ceramah tajuk cinta yang entah berapa ratus kali semenjak 2008 dan kesemuanya saya simpulkan di dalam catatan terakhir siri ketiga ATN di bawah tajuk MURABBI CINTA.
Tujuannya adalah pada ‘menseriuskan’ topik CINTA.
Membasmi penangan novel-novel cinta yang mengheret pembaca ke dunia fantasi yang menjauhi realiti. Malah lebih membimbangkan, dek penerimaan yang meluas, ia membentuk pula realiti alternatif.
Perjuangan saya (mudah-mudahan diterima Allah) adalah pada membuktikan bahawa cinta merupakan terjemahan AQIDAH, PANDANGAN HIDUP dan SISTEM NILAI seseorang. Tiga komponen itu juga merupakan sisi manusia yang diserang oleh DAJJAL (Sayyid Qutb: Tafsir Surah al-Kahf di dalam Fi Dhilal al-Quran) Justeru proses menterjemahkan Aqidah kepada cinta dan rumahtangga, turut mengalami fitnah Dajjal.
ERA ANIMASI
Terkini, fitnah itu bukan lagi diungkapkan melalui sms, atau teks.
Ia diilustrasikan.
Ilustrasi yang sering kita temui melalui sentuhan artis-artis Korea seperti Lee Tae-Ho, tetapi membawa mesej ‘Islamik’. Sesungguhnya ilustrasi sebegini memberi kesan yang lebih merbahaya kepada anak muda terhadap fitnah Cinta Anta Anti. Jumlahnya semakin besar dan tersebar. Perkongsiannya semakin meluas. Biar pun saya tiada statistik untuk membuktikan implikasi fenomena ini, namun cukuplah dengan pemerhatian peribadi saya terhadap trend cinta semasa melalui pergaulan, jemputan-jemputan ceramah dan reaksi hadirin terhadapnya.
Mata saya memerhati bentuk poster program, bagaimanakah gelagat peserta sesama mereka sebelum ceramah bermula, ungkapan pengerusi majlis semasa memulakan program, serta perbandingan terhadap jumlah kehadiran di bawah tajuk Cinta dan tajuk non-Cinta, oleh penceramah yang sama serta penceramah yang berbeza.
Mungkin agak kasar, namun kesimpulan saya ialah: GEDIK.
bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. [KAMUS DEWAN EDISI 4 - VERSI ATAS TALIAN]
SUBLIMATION IN PSYCHOLOGY?
Saya tidak dapat menyetujui saranan pendapat bahawa fenomena ini mesti dilihat sebagai sesuatu yang positif, bersandarkan kepada teori sublimation in psychology yang dihuraikan oleh Sigmund Freud sebagai satu bentuk defense mechanism bagi menukar pelbagai bentuk ekspresi psikologi kepada sesuatu yang diterima sebagai bermanfaat oleh masyarakat. Ia jauh lebih berbahaya daripada kisah J. F. Dieffenbach yang memotong ekor anjingnya semasa kecil secara yang sadis, dan kemudian menjadi titik mula kepada Dieffenbach menjadi pakar bedah yang terkenal!
Teori Sublimation ini mesti diiringi dengan teori Tipu Daya Iblis yang dibentangkan secara terpeinci di dalam naskhah klasik Talbees Iblis oleh Abu Al-Faraj ibn al-Jawzi al-Baghdadi (meninggal dunia tahun 597H) betapa Syaitan secara licik menggunakan pendekatan bertahap untuk menyesatkan, bukan hanya orang biasa-biasa seperti kita, hatta para ulama. Bukan hanya secara mikro di peringkat individu, malah secara makro hingga membentuk kelompok Khawarij, Syiah Batiniyyah dan yang seumpama dengannya.
Kerana itu zina, dan sebarang objektif Syaitanik, mesti dikesan daripada langkah-langkah kecil menuju ke arah itu.
“Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi” [Al-An'aam 6: 151]
Selepas bertanggungjawab ‘menghantar’ hampir 100 ribu naskhah buku cinta ke tengah masyarakat Malaysia, saya tegaskan bahawa tiada isi kandungan buku saya yang menjurus ke arah ini.
Malah buku saya bukan buku cinta.
Ia adalah buku yang menggunakan cinta sebagai alat untuk mengubah kepercayaan, pandangan hidup dan sistem nilai. Buku yang sepatutnya menyedarkan, bukan mengkhayalkan. Buku yang membantu pembaca berfikir, bukan membiuskan fikiran mereka.
KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR
Teringat saya kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.
Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.
Cinta yang membingungkan.
Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PEٌCERAIAN.
Kes ini amat terpencil.
Namun dengan perceraian yang berlaku setiap 15 minit di dalam masyarakat kita, saya kira ‘belajar makna perkahwinan melalui perceraian’ mesti ditangani dengan serius.
PERKAHWINAN DAN MINDA SEDAR
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Saya bekerja keras untuk menimbulkan minda sedar itu.
Justeru saya perlu menyatakan bahawa, ilustrasi-ilustrasi cinta Islamik ini membinasakannya.
Dara dan Sara? – Alternatif Barbie and Ken oleh Iran
Oh, alternatifnya?
Perlukah ada alternatif?
Fitnah ini timbul bukankah kerana mahu ‘mengalternatifkan’ apa yang tidak perlu kepada alternatif?
Kita perlukan Ukhti Fatimah dan Akhi Ali.
Bukan Ukhti Barbie dan Akhi Ken!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Sunday, May 6, 2012

bila diri disayangi

bismillah.

buat kerja sambil layan lagu. andai ditujukan kepada Dia, pasti dan pasti, cinta dan sayang itu akan bertambah.

terdengar bisikan mesra
kalimah keramat bermentera
bermulanya siang berakhir malamku
tak akan ku jemu menyebut namaMu

tiada batasan waktu
tiada tempat Mu tertentu
di gunung di lembah di darat di air
siapa pun hamba, keikhlasan doa
keagungan kasih merubah takdir

bila ku sedari diri disayangi
langkah kaki ini semakin berani
bila terkeliru ku ucap namaMu
terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
izinkanlah aku menumpang di sini
di bawah naungan kasih dan sayangMu

ku berserah diri...



untuk diri ku yang sering lupa ---> manusia2. tidak sudah2 dengan cinta. kenapa selalu berharap pada yang tidak pasti? kan Dia dah janji. surah an-Nur ayat 26.

"(Lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat) mereka (yang baik) akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

jom sama2 kita tadabbur. =D
Allah suruh kita mencari. jodoh yang baik takkan datang bergolek. sebab Allah tahu, mencintai dan dicintai tu fitrah. tapi biarlah usaha mencari tu berpandukan apa yang Allah dah tetapkan. barulah fitrah yang suci tak dicemari oleh fitnah yang keji.

tanggungjawab

bismillah wal hamdulillah.


setiap hela nafas yang dianugerahkan kadang2 mengingatkan aku tentang tanggungjawab dan amanah. tanggungjawab yang aku tak pasti, adakah telah dilaksanakan dengan baik atau tidak. amanah yang diberi atas dasar kepercayaan dan harapan agar aku mampu memikulnya dengan baik. mungkin beberapa hari lagi atau beberapa detik lagi, aku bakal melepaskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

saat ini hati dan akal bertelingkah. gembira dan gundah. akal ligat berfikir. hati girang melonjak. detik selepas ini mungkin memberi kebebasan. hei, engkau bakal bebas! tidakkah itu menggembirakan? tapi kau harus ingat. tanggungjawab dan amanah itu akan disoal. kau bakal menanggung dan menjawab. sudah puas hatikah dengan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab yang diberikan?!! berapa banyak yang dah kau sumbangkan? berapa titik peluh yang dah kau curahkan? apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan orang2 sebelummu?

kata sahabat ku pengrbanan tu terkorban. jujur! sampai saat ni aku tak pasti apa maksudnya. tapi tidak mengapa. aku akan terus mencari. siapa tahu, ada permata yang bakal aku temui. =)

seiring masa berlalu, seiring waktu berjalan, aku akan terus berusaha. andai masa depan menjanjikan kebebasan, aku akan terus menyumbang. InsyaAllah. namun, andai kebebasan yang diimpikan masih belum sudi datang, aku percaya Dia masih mahukan aku terus menyumbang dan memperbaiki diri. apa pun yang bakal aku hadapi, aku harap aku akan terus positif.

untuk kamu yang terbaca, sudi2 la doakan saya ya ^_^

footnote : pengorbanan itu terkorban. -hana qarirah-

Monday, April 16, 2012

marah

bismillah walhamdulillah.

action talk louder than words -----> kata kawan aku
picture talk louder than words ----> kata aku (boleh ke?)

layan gambar di bawah ye. hasil kerja aku. tak lah bagus sangat. cuma nak kongsi. =)








p/s: sekadar perkongsian~

Thursday, March 22, 2012

saya bangga jadi guru

bismillah walhamdulillah.

selesai PBS (pengalaman berasaskan sekolah) untuk kali yang ketiga. masa first time dulu bukan main berdebor. sekarang siap rasa bosan lagi. cikgu.. cikgu..



aku teringat masa second pbs, buat sekolah rendah huwaina, classmate aku sekali dengan ruhil and ainul. huish, guru besar dia boleh tahan. tegas + mantap sampai kami tersentap. soalan beliau simple je, awak datang pbs ni tujuan dia apa? empat2 orang tak boleh jawab. gb tu bg jawapan senang je. sampai sekarang aku ingat. 'dulu awak datang sekolah sebagai seorang murid. sekarang ni awak datang sekolah sebagai seorang guru. sebagai seorang cikgu. sebelum jadi cikgu, ambil pengalaman dulu.'

memang banyak pengalaman yang aku dapat. nak2 masa pbs kali ketiga ni. kat sini lah buat kali pertamanya aku mengajar bahasa arab. memang best! even aku ni bukan la pandai sangat pun arab tu. =) kat sini jugak lah first time aku dengar budak sekolah rendah, darjah satu bakar kertas dalam meja kawan dia, sampai meletup kuah nasi lemak yang ada dalam meja tu. aduiiii... macam2.

masa duduk dalam bilik guru, macam2 jugak yang aku dengar. gembira seorang guru, sedih seorang guru, letih seorang guru, keluhan seorang guru dan lain2 lagi. ada yang berbicara tentang kebajikan pelajar. ada yang berbicara tentang pencapaian pelajar. ada jugak yang berbicara pasal buku rekod tak ciap lagi. =)

semakin banyak yang aku dengar
semakin banyak yang aku belajar
semakin banyak yang aku perhati
semakin banyak yang aku tahu
semakin banyak yang aku cuba
semakin banyak yang aku dapat

yang penting, banyak perkara yang aku boleh ambil pengajaran sabagai bekal untuk jadi cikgu nanti. kadang2 bebanan kerja melalaikan kita untuk mengingatkan diri supaya sentiasa bekerja kerana Dia.

p/s: ya Allah, ikhlaskan kami hingga ke akhirnya. ameen~

Tuesday, March 6, 2012

speechless

bismillah.

sedang menjenguk muka buku, aku terlihat satu post daripada sahabat lama ku di matrik. aku kira dia menggambarkan rasa hati yang juga sering dialami oleh mereka yang berada dalam alam perjuangan. tatkala nafsu mengambil ruang, bicara menjadi songsang. alangkah beruntungnya orang2 yang masih dianugerahkan nikmat iman dalam hati. bicara juga sudah pasti meyakinkan.

sekadar perkongsian ~

bila letih, kecewa, putus asa..
nafsu akan kata..
boleh tak aku nak rehat sehari untuk urusanku?
tak nak ada meeting,
tak nak ada usrah,
tak nak ada majlis ilmu,
tak nak ada kerja urgent!!
tak nak berdepan dengan masyarakat luar yang serabut.
tak nak berdepan dengan orang yang tak reti2 nak faham dengan kebenaran?
tak nak berdepan dengan kata diri pejuang tapi tak reti2 untuk berkorban.
serius! dah penat! lagi pun bukan aku sorang je boleh buat kerja tu.
orang lain kan ada.
orang lain tu patutnya kena buat juga.
mereka kena belajar buat kerja.

dan bila iman masih ada, hati akan berbicara.
kau nak rehat untuk urusan kau sendiri?
apa sangat yang kau dah buat untuk agama kau?
apa sangat yang kau dah bagi pada masyarakat?
banyak mana sangat komitmen yang kau bagi pada usrah?
kau dah buat kerja urgent tu? semuanya?
betul ke kau dah bersungguh bagi kefahaman pada orang yang tak reti2 nak faham tu?
kalau nak tunggu semua buat kerja, sampai bila nak tengok Islam diperlekeh?
padahal Islam tak berhak direndahkan!!!

Rasulullah SAW tak pernah minta masa untuk rehat dari perjuangan.
kau siapa?
kau masih nak rehat? rehatlah..
nak fikirkan dunia kau yang sementara ni?
fine. teruskan..

masa tu lah, air mata akan jatuh.
apalah sangat aku dah buat untuk Islam..

='(

ALLAH, istiqamahkan kami..

p/s: aku manusia lemah. serba serbi kekurangan. tegurlah aku. nasihatlah aku. bimbinglah aku.

Tuesday, February 28, 2012

manusia

bismillah.

lelaki vs perempuan.



kenapa ya perempuan ni mudah menangis? mudah mengalirkan air mata. tak kisah la apa sebab nya. sebab bila aku perhatikan orang di sekeliling, kami semua pernah mengalami keadaan tersebut. bila dah tak tahu atau dah tak boleh buat apa2, laju je air mata keluar. bila dah menangis, rasa satu perasaan yang sangat lega. perasaan yang sangat berbeza seperti sebelum tu.

bila aku tanya mr. google, banyak yang aku jumpa pasal wanita dan air mata. mungkin aku dan kamu boleh ambil ibrah dari kisah ni.


Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. “Ibu, mengapa Ibu menangis?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita”. “Aku tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas”. sang ayah menjawab, “Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan”. Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?”

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, “Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan”.

*semoga kalian lebih memahami mengapa airmata itu menjadi peneman wanita. bukanlah dia meminta simpati. tetapi dikala dia tidak lagi mampu melawannya..airmata itu sebagai benteng kepasrahannya...

p/s: aku suka kopi. sebab aku tak pandai nak tulis sendiri. cuma sesetengah perkara yang aku mampu, aku akan tulis. =) - semoga ada manfaat -