bismillah wal hamdulillah.
setiap hela nafas yang dianugerahkan kadang2 mengingatkan aku tentang tanggungjawab dan amanah. tanggungjawab yang aku tak pasti, adakah telah dilaksanakan dengan baik atau tidak. amanah yang diberi atas dasar kepercayaan dan harapan agar aku mampu memikulnya dengan baik. mungkin beberapa hari lagi atau beberapa detik lagi, aku bakal melepaskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
saat ini hati dan akal bertelingkah. gembira dan gundah. akal ligat berfikir. hati girang melonjak. detik selepas ini mungkin memberi kebebasan. hei, engkau bakal bebas! tidakkah itu menggembirakan? tapi kau harus ingat. tanggungjawab dan amanah itu akan disoal. kau bakal menanggung dan menjawab. sudah puas hatikah dengan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab yang diberikan?!! berapa banyak yang dah kau sumbangkan? berapa titik peluh yang dah kau curahkan? apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan orang2 sebelummu?
kata sahabat ku pengrbanan tu terkorban. jujur! sampai saat ni aku tak pasti apa maksudnya. tapi tidak mengapa. aku akan terus mencari. siapa tahu, ada permata yang bakal aku temui. =)
seiring masa berlalu, seiring waktu berjalan, aku akan terus berusaha. andai masa depan menjanjikan kebebasan, aku akan terus menyumbang. InsyaAllah. namun, andai kebebasan yang diimpikan masih belum sudi datang, aku percaya Dia masih mahukan aku terus menyumbang dan memperbaiki diri. apa pun yang bakal aku hadapi, aku harap aku akan terus positif.
untuk kamu yang terbaca, sudi2 la doakan saya ya ^_^
footnote : pengorbanan itu terkorban. -hana qarirah-
sama2 kita doakan supaya terus thabat & qawiey di jalan yang telah Dia tentukan ini..
ReplyDeletehmmm...pengorbanan itu terkorban yea? x sabar nak tunggu baz explain. nanti kalau kita jumpa, k.far akan gtau penjelasan di sebalik pengorbanan itu terkorban tu :)
insyaAllah wa biiznillah ^^
kpd kak far yg setia melayan contengan saya di blog ni, saya dahulukan dgn ucapan terima kasih. =)
ReplyDelete-sayarasasangatdihargaidansayngkakfarsangatsangat- hu3
orite k.far. saya tggu. hmm -pengorbanan itu terkorban-
Baz...hanya ALLAH yang tahu batas kemampuan hambaNYA. Semoga ALLAH bagi kita kekuatan untuk memikul amanah :))
ReplyDeleteSalam imtihan ukhtie ^__^