Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

tanggungjawab

bismillah wal hamdulillah.


setiap hela nafas yang dianugerahkan kadang2 mengingatkan aku tentang tanggungjawab dan amanah. tanggungjawab yang aku tak pasti, adakah telah dilaksanakan dengan baik atau tidak. amanah yang diberi atas dasar kepercayaan dan harapan agar aku mampu memikulnya dengan baik. mungkin beberapa hari lagi atau beberapa detik lagi, aku bakal melepaskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

saat ini hati dan akal bertelingkah. gembira dan gundah. akal ligat berfikir. hati girang melonjak. detik selepas ini mungkin memberi kebebasan. hei, engkau bakal bebas! tidakkah itu menggembirakan? tapi kau harus ingat. tanggungjawab dan amanah itu akan disoal. kau bakal menanggung dan menjawab. sudah puas hatikah dengan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab yang diberikan?!! berapa banyak yang dah kau sumbangkan? berapa titik peluh yang dah kau curahkan? apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan orang2 sebelummu?

kata sahabat ku pengrbanan tu terkorban. jujur! sampai saat ni aku tak pasti apa maksudnya. tapi tidak mengapa. aku akan terus mencari. siapa tahu, ada permata yang bakal aku temui. =)

seiring masa berlalu, seiring waktu berjalan, aku akan terus berusaha. andai masa depan menjanjikan kebebasan, aku akan terus menyumbang. InsyaAllah. namun, andai kebebasan yang diimpikan masih belum sudi datang, aku percaya Dia masih mahukan aku terus menyumbang dan memperbaiki diri. apa pun yang bakal aku hadapi, aku harap aku akan terus positif.

untuk kamu yang terbaca, sudi2 la doakan saya ya ^_^

footnote : pengorbanan itu terkorban. -hana qarirah-

Tuesday, February 7, 2012

dosa

bismillah..

satu quotation yang agak familiar kan? ni aku kopi paste daripada muka buku classmate aku. masa baca tu aku rasa peringatan ni sangat berguna. terutama untuk aku dan kalian semua.

kita manusia biasa. manusia yang ada baik dan buruk. kadang2 kita alpa bahawa kita adalah pendakwah, bukan penghukum. bila ada pihak yang melakukan kesalahan, cara yang sepatutnya adalah DAKWAH BIL HIKMAH. beri peringatan dengan cara yang baik. kalau dia tak tahu, kita kena terangkan. terang dengan lemah lembut. bukan duk main serbu tak tentu pasal.

jadi, pendek kata jangan suka2 nak hina or kutuk2 orang lain disebabkan kesalahan yang dia lakukan. bantu dan tolong dia dengan nasihat yang berguna. sedekahkan doa agar Allah SWT sentiasa melindungi dan membimbing dia.

dia yang melakukan kesalahan tu tak lain tak bukan saudara kita juga. kalau bukan kita yang nak tolong ingatkan dia, sapa lagi. kan? (n_n)

p/s: ustaz aku pernah cakap. kalau nak nasihat orang muda, 1 je cara dia. iaitu dengan hikmah. dengan lemah lembut. tak ada cara lain dah. tak percaya? cubalah. =)

Saturday, January 14, 2012

muhasabah diri

alhamdulillah. syukur kerana masih bernafas dan diberi sehari lagi peluang untuk memakmurkan bumi Ilahi.

ya Allah.. aku bersyukur.
syukur atas kurniaan nikmat Iman dan Islam..
syukur atas kurniaan nikmat sihat dan masa lapang..
syukur atas kurniaan nikmat keluarga yang sentiasa berkasih sayang..
syukur atas kurniaan nikmat sahabat2 yang sentiasa memahami..

terlalu banyak nikmat yang perlu kita syukuri. kerana apa? kerana kita hamba. hamba yang hina, hamba yang lemah kepada Pencipta. sedangkan Dia Maha Kuasa. Maha Perkasa.

kadang kala kehidupan sebagai manusia biasa sering membuatkan kita lupa. lupa kepada Dia. lupa kepada tanggungjawab yang ada. lupa kepada amanah yang terbeban di bahu kita. padahal masa yang ada pun belum mencukupi untuk memastikan semua kewajipan terlaksana.

ayuh sahabat sahabiah sekalian. mari kita sama2 mengkoreksi diri. sama2 muhasabah diri.

apa khabar iman kita?
sejauh mana amal kita?
setinggi mana ikhlas kita?
sudahkan kita bersyukur terhadap semua nikmat kurniaanNya?
sudahkah kita bersabar terhadap semua dugaan dan ujian dariNya?
-tepuk dada tanya iman-

p/s : mudah mudahan setiap perkara yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Dia.