salam and hai.. =)
masa tengah2 termenung tadi, tiba2 je terlintas dalam fikiran aku ayat ni. -hati tak pernah menipu. tapi kalau jujur sangat pun susah juga kan?-
entah la apa yang tersirat dari ayat tu, aku pun tak tahu. tapi yang pasti, hati kita tak pernah menipu.
hati akan gembira bila kita gembira.
hati akan menangis bila kita menangis.
hati akan kecewa bila kita kecewa.
hati akan ikut apa yang kita rasa.
di mana2 dan bila2 masa.
hati tetap jujur. terlalu jujur. cuma kadang2 kejujuran itu yang membawa mudarat pada diri. kena pandai jaga hati dan diri. tak semua kata hati mati dan tak semua kata2 binasa.
bai ^_^
p/s: maaf ya, melalut dan merapu.
Friday, January 27, 2012
Sunday, January 22, 2012
pesan ayah
salam.. ^_^
haiiii....
-hari yang ceria-
malam tadi ayah cakap2 dengan aku
masa tu semua adik2 ada kat rumah nenek
tinggal aku, mak dengan ayah je
banyak yang ayah ceritakan
banyak yang ayah kisahkan
cerita sepanjang kehidupan ayah
cabaran dan dugaan yang ayah hadapi
macam mana peritnya rasa kegagalan menjadi guru yang sangat baik
untuk ayah terus bangkit menuju kecemerlangan
bagaimana ayah yang dulu
menjadi ayah yang sangat berjaya sekarang
sungguh...!!
aku terkedu
sebab aku tak pernah tahu
ayah lalui saat yang sangat getir
untuk jadi seorang yang berjaya dan cemerlang dalam hidup
banyak lagi yang ayah cakap
tak larat aku nak tulis
tapi..
yang paling aku ingat..
ayah cakap macam ni
'along, kalau nak keberkatan dengan harta yang kita ada..
kena lakukan tiga perkara
1. belanja untuk diri sendiri (jangan kedekut)
2. simpan (tak kisah la banyak ke sikit, sebab kalau Allah takdirkan kita akan susah satu hari nanti, kita tak kan susahkan orang lain pulak)
3. sedekah (kalau nak infakkan harta, paling penting bagi dulu kat orang2 yang terdekat dengan kita eg. adik beradik, saudara2 terdekat dll. lepas tu bolehlah kita nak bagi kat orang lain)
insyaAllah, kita akan nampak keberkatan tu.
kalau tak bagi secara terang-terangan pun,
Allah akan bagi melalui cara2 yang lain...'
dan
aku memang dah nampak
aku dah nampak apa yang ayah maksudkan
aku nampak keberkatan tu
dalam kehidupan ayah sendiri
thanks ayah
thanks sgt2
you such a GREAT father
luv u the most..^_*
macam tu la lebih kurang
aku tulis ni sebab nak share
share dengan siapa2 yang mungkin terbaca blog ni
siapa tau kan? hehe... =D
Saturday, January 14, 2012
muhasabah diri
alhamdulillah. syukur kerana masih bernafas dan diberi sehari lagi peluang untuk memakmurkan bumi Ilahi.
ya Allah.. aku bersyukur.
syukur atas kurniaan nikmat Iman dan Islam..
syukur atas kurniaan nikmat sihat dan masa lapang..
syukur atas kurniaan nikmat keluarga yang sentiasa berkasih sayang..
syukur atas kurniaan nikmat sahabat2 yang sentiasa memahami..
terlalu banyak nikmat yang perlu kita syukuri. kerana apa? kerana kita hamba. hamba yang hina, hamba yang lemah kepada Pencipta. sedangkan Dia Maha Kuasa. Maha Perkasa.
kadang kala kehidupan sebagai manusia biasa sering membuatkan kita lupa. lupa kepada Dia. lupa kepada tanggungjawab yang ada. lupa kepada amanah yang terbeban di bahu kita. padahal masa yang ada pun belum mencukupi untuk memastikan semua kewajipan terlaksana.
ayuh sahabat sahabiah sekalian. mari kita sama2 mengkoreksi diri. sama2 muhasabah diri.
apa khabar iman kita?
sejauh mana amal kita?
setinggi mana ikhlas kita?
sudahkan kita bersyukur terhadap semua nikmat kurniaanNya?
sudahkah kita bersabar terhadap semua dugaan dan ujian dariNya?
-tepuk dada tanya iman-
p/s : mudah mudahan setiap perkara yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Dia.

Subscribe to:
Posts (Atom)