Friday, February 24, 2012

bicara cinta

bismillah.


apabila bicara tentang cinta, macam2 pendapat ada. masing2 punya pandangan tersendiri. cinta terlalu subjektif untuk digambarkan. kenapa dan mengapa? -kerana ia kurniaan Dia- (n_n)


sedang membelek muka buku, aku tertarik dengan post hilal asyraf. pandangan aku dan dia sama. cuma dia pandai meluahkan pandangan tersebut melalui penulisan. aku pula mampu kopi saja. hehe. apa pun, semoga bermanfaat. -ameen-

PUISI DIA YANG AKU CINTA

Tidak pernah gagal mencuri hati,
tidak pernah tewas memenangi diri,
anggunmu bukan kerna paras rupa,
tetapi bagaimana kamu menjaga agama.



Di balik malumu ada rahsia,
tanda mahalnya harga jiwa,
di balik lemah lembutmu ada ketegasan,
yang buat dirimu tinggi tanpa perlunya perbahasan.



Sederhana,
menyentuh hati dan jiwa,
buat diriku spontan menunduk,
bertanya apa layakkah hamba?
Di situlah berputiknya cinta,
dan bermulalah perjalanan ini semua.



Kadang rasa diri ini hanya melukakan,
tidak mampu menghargaimu dengan sebaik cinta,
tetapi diri ini tidak akan sekali berputus asa,
untuk menghadiahkan kepadamu bahagia.



Biar nanti kita bukan gembira semata di dunia,
tetapi juga di akhirat sana.
Di bawah pokok rendang indah,
dengan nyamannya suasana,
bersama kasih sayang Allah,
yang tidak wujud batasnya.



~ HilalAsyraf ~
1810
240212
Irbid,
Jordan.

-------> puisi ini juga untuk dia yang istimewa. =)

letih

bismillah.

hanya Dia Tuhan yang disembah dan kepada Dia lah tempat meminta tolong. subhanallah, walhamdulillah, allahuakbar.

jujur saja. aku letih. letih sekali. bukan letih kerana bebanan kerja. tapi letih dengan sikap manusia. banyak ragam. ada sahaja yang tidak kena.

sahabat. kita ambil mudah saja. kalau kita tidak suka diperlakukan sebegitu, orang lain juga tidak suka jika diperlakukan begitu. senang bukan? aku bukan manusia sempurna untuk mengutarakan pandangan, cuma aku berkata-kata berdasarkan pengalaman sedia ada.

dalam hidup, ada timbal balasnya. kadang2 kita di atas. kadang2 kita di bawah. memimpin dan dipimpin. apabila terpilih sebagai pemimpin, laksanakan tugas dengan baik. Allah pilih kita sebab kita mampu dan kita berupaya untuk memikul amanah tersebut.

"Allah tidak memberati seseorang dengan apa yang tidak terdaya olehnya.." (Surah al-Baqarah : 286)

p/s: semakin merapu. -maaf andai tidak ada kebaikan yang diperoleh-. sekadar bicara yang menggambarkan rasa hati sepintas lalu.

Saturday, February 11, 2012

conteng conteng

bismillah..

alhamdulillah. dah lebih 20 tahun aku hidup. dah banyak yang berubah. dari baby dah jadi remaja. makin membesar, meninggi dan melebar. melebar? hehe. of course la termasuk sekali kan. kalau tak ada bukan tumbesaran namanya.

masa kecik2 dulu hidup tahu nak main je. sikit2 main. pantang ada masa. mesti pergi main. buku ke mana, tuan ke mana. belajar sebab mak suruh. nak tengok aku baca buku dengan kemahuan sendiri? dalam mimpi boleh lah. tapi sekarang? baca buku dengan study atas kemahuan sendiri. sebab dah sedar mana baik, mana buruk.

kenangan yang manis2 banyak jadi masa kecik. sebab semua perkara adalah indah2 belaka. bila dah besar, banyak pulak asam garamnya. dulu gembira, suka2. jarang sedih. makin lama makin bertambah rasanya. gembira and suka tetap ada. tapi ada tambahannya. sedih, kecewa, bahagia, cinta, sayang, benci dan lain2. (xlarat pulak nak list ^_^)

hm. straight to the point. aku sebenarnya tengah serabut. serabai. kusut. pening. dan yang sewaktu dengannya. jujurnya aku tak tahu kenapa. banyak sangat spekulasi.

mungkin sebab aku sendiri yang makin jauh dengan Dia?
mungkin sebab perangai aku terhadap orang di sekeliling aku?
mungkin sebab kerja2 yang menunggu untuk disiapkan?
mungkin, mungkin dan mungkin?
haish. susah2. dunia memang susah. masalah2.
orang normal memang akan ada masalah kan?

aku tak nak kata Ya Allah, aku ada masalah yang besar.
tapi aku nak cakap Hei masalah! aku ada Allah, dia Maha Besar.
hehe. aku dah dapat jawapan. =)

-Hei masalah! aku ada Allah, dia Maha Besar-

note: maaf kalau entri ni sangat merapu. aku sekadar nak lepaskan rasa hati. andai ada yang baik, sila ambil. yang buruk tu, tutup mata je la ye.